Jumaat, 19 Ogos 2011

Katak Bermuncung Babi

Foto: http://zoecormier.wordpress.com

Salam.
Katak Unggu atau dikenali juga sebagai Katak Bermuncung Babi (Pig-Nosed Frog) merupakan sejenis katak yang amat besar. Katak ini hanya ditemui pada tahun 2003. Ia merupakan antara spesies katak yang sukar ditemui kerana gemar berada di dalam tanah/lumpur.

Foto: http://zoecormier.wordpress.com

Nama saintifik katak ini ialah Nasikabatrachus Sahyadrensis dan hanya boleh dijumpai di selatan India. Mungkin dek kerana beberapa kejadian gempa, tsunami dan banjir telah membuatkan haiwan unik ini muncul, dan menjadi antara spesies yang pelik dek kerana rupanya begitu.


Pignose Frog. Foto: BuzzInn
Bentuk fizikal katak ini agak bulat dan berkepala kecil. Yang menjadi ia berlainan dengan katak lain adalah kehadiran satu muncung menonjol, dan katak ini berwarna unggu gelap.


1 ulasan:

  1. sangat2 menarik..perihal katak yang jarang2 kite nampak...bukn jarang je..tak penah tengok langsung pown..tapi yang lebih menarik dan pelik serta ajaibnye..si penulis pasal katak nie..memang tak suke pada si katak nie..hehehe..ntah mcm mne bleh trpikir nk buat artikel psl katak plak..huhuhu..

    BalasPadam