Isnin, 15 Ogos 2011

Barton Patut Dapat Merah!



Wenger kecewa selepas Gervinho dibuang padang bertemu dengan budak nakal Toon.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya midfielder Newcastle Joey Barton seharusnya menyertai Gervinho untuk dikenakan kad merah selepas kedua-dua pemain ini bergandung pada separuh masa kedua perlawanan seri tanpa jaringan di St James' Park.
Penyerang Ivory Coast Gervinho, melakukan debut kompetitif sejak berpindah dari Lille, terjatuh apabila dikasari di kotal penalti dan Barton meradang lantas mengangkat beliau untuk bangun meneruskan permainan.
Gervinho kemudiannya menampar Barton dan dibuang padang oleh pengadil Peter Walton, yang turut mengenakan kad kuning kepada Barton.
Barton mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan menerusi Twitter selepas menerima kritikan meluas mengenai peranannya dalam insiden itu.
Midfielder itu menulis: "Apa yang orang mahu saya lakukan, berdiri dan berbalas pukulan dengan Gervinho. Kalau kamu menampar muka pemain, kamu patut keluar. Betul tindakan pengadil..."
Namun Wenger merasakan pengadil dipengaruhi oleh pembantunya dan mengandaikan akan mengemukakan rayuan untuk penyingkiran Gervinho. Beliau berkata: "Saya fikir Gervinho tidak berhak menerima kad merah, beliau harus berikan kad merah kepada kedua-dua pemain atau kad kuning."
"Saya rasa pengadil tidak melihatnya dan penjaga garisan tidak melihatnya dengan betul. Saya seratus peratus yakin yang pengadil tidak melihat insiden jadi saya mahu tahu siapa yang buat keputusan."

CREDIT TO WISEL.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan