Jumaat, 19 Ogos 2011

Katak Bermuncung Babi

Foto: http://zoecormier.wordpress.com

Salam.
Katak Unggu atau dikenali juga sebagai Katak Bermuncung Babi (Pig-Nosed Frog) merupakan sejenis katak yang amat besar. Katak ini hanya ditemui pada tahun 2003. Ia merupakan antara spesies katak yang sukar ditemui kerana gemar berada di dalam tanah/lumpur.

Foto: http://zoecormier.wordpress.com

Nama saintifik katak ini ialah Nasikabatrachus Sahyadrensis dan hanya boleh dijumpai di selatan India. Mungkin dek kerana beberapa kejadian gempa, tsunami dan banjir telah membuatkan haiwan unik ini muncul, dan menjadi antara spesies yang pelik dek kerana rupanya begitu.


Pignose Frog. Foto: BuzzInn
Bentuk fizikal katak ini agak bulat dan berkepala kecil. Yang menjadi ia berlainan dengan katak lain adalah kehadiran satu muncung menonjol, dan katak ini berwarna unggu gelap.


Lompat Si Katak Lompat ...


Salam semua.
Uhh apa tu? Itulah katak yang dah kena tangkap. Sian si katak .... bila cakap pasal katak, ada 2 perkara terlintas di kepala otak saya.
  • Umpan untuk mancing ikan haruan
  • Lagu lompat si katak lompat
Anda berani pegang katak? Saya ... tngk jenis. Kalau katak tu macam dalam gambar kat atas tu .. uhh tak berani la .. beso .. katak puru tu. Tu kalau pegang .. ngembang jadi besar. Saya kalau pegang katak pun ... katak minyak yang dibuat umpan untuk memancing haruan... haaa yang tu saya berani. Siap boleh pergi cari dan tangkap lagi. Ohh tidakk.. saya bukan penangkap katak.

Tapi apa halnya saya buat entri pasal katak nih? Ehmmmm ok ... camni .. dah tengok gambar di atas tu tak? Ok ... lepas ni .. tengok gambar seterusnya ni plak yer... agak2 nak bagi seram2 atau dramatik... tutup mata dulu... nanti klik seterusnya yer ...



Dah kena siat dah ... siap sedia untuk dimasak .. lalalala .. katakkkk .. katkkkk .... sekilo RM5 .. sekilo RM5 ... mari mari .. hehehehe.

Suasana cam ni sangat mudah anda dapati kat Thailand. Kalau anda berpeluang ke sana .. try la jenguk2 pasar dia .. tak perlu masuk dalam pasar .. tepi pasar pun ada. Yummmiii kat derang~

Katak Cantik Yang Sangat Berbisa

Salam.
Inilah katak yang paling merbahaya di dunia. Nampak cantik kan? Hmm tak semestinya yang cantik dan menarik itu benda yang boleh suka-suka ati je nak pegang. Dan selalunya benda cantik ini ada 'helah' di sebaliknya. Begitulah juga dengan katak ini .... Katak Poison Dart !!

Boleh ditemui di Amerika Selatan, dan bisanya boleh membunuh manusia. Ia kecil, dengan saiz maksimum 2 inci. Bisanya kalau digunakan sebanyak 20 mikro gram boleh membuat sehingga 20 orang ...uhhh gila ko ... so memang bahaya ahh ni ... jangan gatai2 ada nak bela lak atau buat umpan haruan .... sebelum jadi umpan .... anda lak yang kojol!
Mengapa dinamakan Poison Dart? Kerana masyarakat tempatan menggunakan bisa katak ini untuk dijadikan racun pada hujung sumpit sebagai salah satu cara dalam pemburuan haiwan.

Inilah Haiwan Paling Lantang Dalam Dunia Amphibia


Salam.
Ini bukan sebarang katak, species ini - Katak Co-Qui (Eleutherodactylus) merupakan katak yang paling nyaring dan paling kuat laungan di alam katak .... hehehe.. dan mungkin di hutan rimba.

Bukan main lagi katak ni tak padan dengan saiz. Katak Co-Qui mengeluarkan bunyi sehingga 100 desibel dalam jarak kurang 3 kaki, ia boleh membangunkan anda dari tidur! Malah bunyinya lebih kuat dari bunyi hentakan mesin gerudi tanah tu ...

Mengapa dinamakan Co-Qui? Ini adalah kerana jenis sahutan yang dikeluarkan oleh katak-katak ini ketika dok mengawan ..oppss dok memanggil untuk mengawan. Co adalah bunyi yang dihasilkan oleh katak jantan, dan katak betina akan menyahut dengan panggilan Qui.




Katak ini asalnya dari Peru, dan dikatakan katak ini telah 'berhijrah' ke Hawaii dan menyebabkan penduduk di Hawaii tak boleh tidur malam di saat si katak Co-Qui ini membuka laungannya ketika musim mengawan. Ia akan berbunyi dari bermulanya malam hinggalah ke awal subuh hari!

Saiz katak ini dari 15mm-80mm dan mempunyai warna berlainan mengikut tempat. Dan ini ada video bunyi katak ni kalau nak dengar. Terima kasih kepada sahabat blogger - Urut Turun Temurun.

Baca selengkapnya: Inilah Haiwan Paling Lantang Dalam Dunia Amphibia | Lepak di BANGKU KOSONG™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike

Khamis, 18 Ogos 2011

Keajaiban Warna - Penyelesaian Kepada Masalah Anda

Salam.
Warna punyai keajaibannya juga. Jika tidak mengapa warna diadakan? Saya pernah juga terfikir, andai dunia ini tiada warna, semuanya hitam dan putih je, agaknya seronok tak? Hmmm ..nak tahu ... buka je dua TV, satu dengan kaler dan satu lagi guna monochrome ... tengok mana lagi memikat ...

Ada sesetengah orang, warna ni banyak mengelirukan. Warna je cantik tetapi isinya palsu. Warna je memikat tapi sebenarnya ia busuk.

Pandai guna warna, anda pasti lebih menyerlah dari orang lain. Pandai pilih warna, apa yang anda ingin jadi cantik, pasti akan nampak hebat.

Tahukah anda warna juga boleh selesaikan beberapa masalah kesihatan? Aha terdapat kajian telah dijalankan, dan kesimpulan berikut telah diperolehi:
Merah - Hilangkan Rasa Sakit Kepala
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.
Biru - Kurangkan Tekanan atau Stress Di Tempat Kerja
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang ketika di pejabat.
Merah Jambu - Mengelakkan Insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Anda juga boleh memakai pakaian tidur dengan warna2 ini, merah jambu .
Jingga - Menaikkan Mood Anda
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah. Anda akan berasa seronok dalam apa jua yang anda lakukan dengan warna jingga.
Hijau - Elakkan Rasa Letih
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Anda akan berasa segar apabila melihat warna hijau. Inilah rasa yang akan anda alami bila anda sesekali berada di persekitaran yang menghijau seperti di kampung dan juga taman. Nak lagi segar, duduk dan berada dalam hutan. :)