Khamis, 18 Ogos 2011

post yang diambil dari post blog lain...

post nie sebenarnye post yang berjaya mencuri perhatian aku untuk melihatnye...hehehehehe...owner blog mintak copy ea... :)



http://www.tokobakso.com/current-issue/babi-babi-babi.html

Babi , Babi dan Babi

gambar babi

source : cutenaimals.cosmobc

Perasan tak kenape babi atau nama lainya khinzir ni sangat multi-purpose. Dari tulang, susu, kulit, daging, testicles, bulu dan juga kepala nya. Rasenya tiada lagi binatang yang multipurpose macam babi ni. Persoalan yang sampai sekarang saya masih mencari jawapannya.

Berikutan dari kes Berus Simplisity Mengandungi Bulu Babi , saya tetibe tertarik untuk buat entry khas khusus untuk makhluk Allah yang bernama Babi. Babi haram di makan oleh orang islam. Terhina nya nama ‘babi’ sehinggakan orang menggunakan namanya untuk mencarut.

Perkataan Babi mmg cukup sinonim untuk orang Melayu. Tahukah anda babi mempunyai genetic yang hampir serupa dengan manusia, jadi tidak hairan la ada beberape jenis virus yang mudah untuk manusia berjankit contoh virus nipah tidak beberape lama dahulu.

Babi itu kotor seperti yang diajarkan oleh Islam jadi ia haram dimakan. Tahukah anda, penganut Yahudi juga di haramkan memakan Babi selain Islam.

Babi boleh dikatakan sangat popular di China dan di Negara barat. Dari sup sehingga gula-gula manisan babi boleh di buat sebagai bahan. Selain daging dan susu, kulit babi juga berguna untuk membuat kasut dan baju. Bulu untuk di buat berus dan tulang untuk dibuat ubat gigi. Lemak nya pulak sangat berguna dalam industri perubatan. Babi tiada leher untuk di sembelih dan mengikut satu kajian, satu cacing yang tidak akan mati akan hidup di dalam badan kita jita kita makan babi. Saya tak pasti kebenaran mengenai kajian ini kerana tidak conclusive.


p/s : post nie betul-betul membuatkan aku tertarik...boleh jugak tambah pengetahuan aku..hehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan