Jumaat, 19 Ogos 2011

Inilah Haiwan Paling Lantang Dalam Dunia Amphibia


Salam.
Ini bukan sebarang katak, species ini - Katak Co-Qui (Eleutherodactylus) merupakan katak yang paling nyaring dan paling kuat laungan di alam katak .... hehehe.. dan mungkin di hutan rimba.

Bukan main lagi katak ni tak padan dengan saiz. Katak Co-Qui mengeluarkan bunyi sehingga 100 desibel dalam jarak kurang 3 kaki, ia boleh membangunkan anda dari tidur! Malah bunyinya lebih kuat dari bunyi hentakan mesin gerudi tanah tu ...

Mengapa dinamakan Co-Qui? Ini adalah kerana jenis sahutan yang dikeluarkan oleh katak-katak ini ketika dok mengawan ..oppss dok memanggil untuk mengawan. Co adalah bunyi yang dihasilkan oleh katak jantan, dan katak betina akan menyahut dengan panggilan Qui.




Katak ini asalnya dari Peru, dan dikatakan katak ini telah 'berhijrah' ke Hawaii dan menyebabkan penduduk di Hawaii tak boleh tidur malam di saat si katak Co-Qui ini membuka laungannya ketika musim mengawan. Ia akan berbunyi dari bermulanya malam hinggalah ke awal subuh hari!

Saiz katak ini dari 15mm-80mm dan mempunyai warna berlainan mengikut tempat. Dan ini ada video bunyi katak ni kalau nak dengar. Terima kasih kepada sahabat blogger - Urut Turun Temurun.

Baca selengkapnya: Inilah Haiwan Paling Lantang Dalam Dunia Amphibia | Lepak di BANGKU KOSONG™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike

Tiada ulasan:

Catat Ulasan